Umum telah mengetahui bahawa berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Ia
juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW sendiri mengamalkan berbekam untuk menjaga kesihatan.
Hadis:
Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal
itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)
Sabda Rasulullah SAW lagi:
ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para malaikat) berkata: Wahai
muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi & Baihaqi)
Antara kebaikan berbekam :
1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit
gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang
serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan
pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam
pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau
hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat
sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan
malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala
penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”
pakej bekam Sunnah untuk satu badan (+-15) point RM 50.00